MINGGU lalu, pengguna laman sosial Instagram rata-rata memuji seorang guru lelaki kerana menggunakan kaedah pengajaran subjek Matematik dikatakan cukup berkesan dan menghiburkan. Uzairi Taib atau nama Instagramnya @uzairitaib menjadi sensasi internet apabila menyelitkan unsur jenaka semasa mengajar bagi membolehkan pelajar-pelajarnya lebih mudah memahami apa yang diajar. Guru lelaki berusia 22 tahun yang mengajar di sebuah pusat tuisyen di ibu kota itu juga gemar berkomunikasi secara dua hala dengan pelajarnya bagi memastikan mereka faham dengan apa yang diajar. Jejaka kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, dia mendapat idea mengajar dengan pendekatan kreatif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya