KUANTAN – Mejar Mohd. Jasni Sidek dilantik sebagai Penolong Pegawai Memerintah Rejimen 505 Askar Wataniah semalam bagi menggantikan Leftenan Kolonel Roslan Baharom yang kini bercuti sebelum bersara wajib pada 21 Mac 2019. Roslan yang mula bercuti pada 17 Ogos lalu diraikan pada Majlis Serah Terima Tugas di Kem Forever First Batalion Pertama Rejimen 505 di sini. Pegawai Memerintah batalion itu, Datuk Seri Tengku Kamarulzaman Sultan Abu Bakar berkata, majlis tradisi itu diadakan sebagai menyambut kedatangan pegawai baharu dan menghargai jasa mereka yang akan bersara. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya