TAMPA 31 Ogos – Kajian terbaharu penyelidik Amerika Syarikat (AS) mendapati pemanasan global akan menyebabkan serangga perosak bertambah lapar dan memakan lebih banyak tanaman yang menjadi sumber makanan utama penduduk dunia. Suhu yang semakin meningkat akan merangsang selera dan boleh menyebabkan serangga perosak membiak dengan cepat sekali gus mengancam tanaman utama seperti gandum, jagung dan beras. Ketiga-tiga tanaman tersebut menguasai 42 peratus kalori yang dimakan penduduk dunia dan kekurangan bekalannya dapat menimbulkan rasa tidak selamat dan konflik makanan, terutama di kawasan yang lebih miskin. “Apabila cuaca semakin panas, metabolisme seranga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya