JAKARTA 31 Ogos – Skuad pelayaran negara mencipta sejarah tersendiri apabila atlet termuda Muhammad Fauzi Kaman Shah meraih pingat emas Sukan Asia 2018 dalam acara Laser Open 4.7 di Pusat Pelayaran Antarabangsa Indonesia di Ancol ketika Malaysia menyambut Hari Kebangsaan hari ini. Kemenangan itu membolehkan kontinjen negara meraih emas keenam dan kini mengharapkan kemenangan skuad hoki lelaki ke atas Jepun dalam perlawanan akhir esok untuk mencapai sasaran membawa pulang tujuh pingat emas daripada temasya di Jakarta-Palembang itu. Muhammad Fauzi mengumpul 20 mata untuk mengatasi Wang Jianxiong dari China yang meraih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya