SYDNEY 31 Ogos – Tanda-tanda awal penyakit Parkinson kini boleh dikesan melalui tahap kelajuan individu menaip di atas papan kekunci. Kajian terbaharu oleh Universiti Charles Sturt, Queensland mendapati, tempoh masa yang diambil oleh individu untuk menekan setiap huruf boleh menentukan sama ada mereka mempunyai simptom tangan menggeletar. Simptom itu dialami oleh tiga perempat daripada penghidap Parkinson dan boleh dikesan enam tahun lebih awal sebelum mereka disahkan menghidap penyakit berkenaan. Apabila kelajuan menaip dibandingkan antara setiap individu dengan atau tanpa masalah pergerakan, ia boleh mengesahkan secara tepat sebanyak 80 peratus kes…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya