ETNIK Melanau terkenal dengan kemahiran menangkap ikan di laut sejak ratusan tahun dahulu. Mereka menduduki kawasan muara sungai seperti di Sungai Rajang, Igan, Mukah, Balingian, Tatau dan Bintulu di Sarawak. Laut China Selatan sudah menjadi sebahagian daripada lubuk rezeki bagi mereka yang majoritinya merupakan nelayan pesisir. Menjadi nelayan adalah tradisi turun-temurun etnik Melanau walaupun bilangannya semakin berkurangan akibat arus pemodenan yang membawa perubahan sosio ekonomi mereka. Etnik ini terkenal sebagai nelayan panau dalam kalangan penduduk di pekan Mukah. Panau adalah cara menangkap ikan tradisional yang jauh berbeza berbanding cara moden.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya