“Betul kata awak…awak, telah tekan punat yang tepat… menusuk hati saya,” lirih dan hiba suara lelaki yang kedengaran di corong telinga. “Tak mengapalah… Wa,” sambungnya. Salwa membuka mulut mahu meningkah tuduhan lelaki itu. Bunyi klik disusuli nada panjang di penghujung, petanda panggilan telefon telah ditamatkan. Dia tidak berpeluang membela dirinya. Salwa mengeluh panjang. Dia menghempas badan ke katil lalu sebahagian kertas yang bertaburan teralih. Kemudian, dia bangkit dan bersandar pada kepala katil. Helaian kertas kajang yang sudah renyuk dipungut, diramas-ramas membentuk bola sebelum dicampak ke dalam tong sampah di tepi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya