JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pemilihan parti itu di Johor hari ini. Berdasarkan keputusan yang dikeluarkan dalam portal www.pemilihankeadilan2018.com setakat pukul 10 malam tadi, Mohamed Azmin memperoleh 4,234 undi untuk mendahului pencabarnya, Rafizi Ramli dengan 3,759 undi. Pada pemilihan PKR di Pulau Pinang minggu lalu, beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi turut mengatasi Rafizi dengan kelebihan 176 undi. Sementara itu, persaingan bagi jawatan Naib Presiden menyaksikan Nurul Izzah Anwar mendahului dengan undian sebanyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya