John Wooden, seorang jurulatih bola keranjang legenda yang pernah membawa pasukannya, University of California Los Angeles (UCLA) merangkul 10 kejuaraan kebangsaan NCAA Amerika Syarikat sekitar tahun 1970-an mempunyai definisi yang menarik tentang kejayaan. Individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat serta potensi jaguh terkenal, Kareem Abdul Jabbar itu berkata, kejayaan adalah ketenangan fikiran, hasil daripada rasa kepuasan diri dengan mengetahui bahawa kita telah berusaha bersungguh-sungguh dan semampu mungkin untuk menjadi yang terbaik. Katanya, kejayaan juga berpaksi kepada keberanian mencapai impian. Wooden sentiasa menasihatkan ribuan pemain dilatihnya bahawa mereka yang berjaya adalah kelompok…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya