KUALA LUMPUR 6 Sept. – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang merangka mekanisme penetapan tarif air yang baharu. Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, mekanisme itu berdasarkan lima ciri antaranya kenaikan kadar tarif air dilakukan secara terkawal dan melindungi kepentingan pengguna secara keseluruhan. Menurut beliau, mekanisme itu juga mengambil kira keperluan khas rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah. “Selain itu, ia turut meningkatkan keupayaan dan kecekapan operator air selain telus, adil dan mudah difahami,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya