BESUT – Seorang pelajar tingkatan dua Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Besut meninggal dunia di padang sekolahnya akibat terhempap tiang gol dalam kejadian di Padang Landak, Jerteh dekat sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, Ahmad Muazz Naimullah Mohd. Azhar, 14, dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan dalaman sewaktu dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Besut di sini. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, Ahmad Muazz Naimullah sepatutnya menyertai pertandingan bola sepak lapan sebelah yang berlangsung di padang sekolahnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya