TAPAH – Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas traktor yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam sebuah kolam ternakan ikan air tawar di Kilometer 2.5, Jalan Chenderiang-Kuala Dipang di sini semalam. Dalam kejadian pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa yang tidak dapat dikenal pasti identitinya itu mati ditempat kejadian akibat kecederaan pada kepala. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu traktor itu ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah kebun kelapa sawit. Jelasnya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, traktor yang dipandu mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya