KUALA LUMPUR 30 Sept. – Teka-teki mengenai bekas jurulatih Pakistan, Roelant Oltmans bakal membimbing Malaysia dijangka terjawab esok apabila Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengadakan sidang akhbar khas. Sidang akhbar berkenaan, yang bakal dipengerusikan Presiden MHC, Datuk Sri Subahan Kamal akan menjelaskan mengenai perkembangan terkini hoki negara serta persiapan skuad lelaki menghadapi Piala Dunia di India dari 28 November hingga 16 December ini. Spekulasi mengenai Oltmans bakal menjadi jurulatih baharu skuad kebangsaan mula berlegar selepas dia dilihat berada di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Oltmans, 64, dikatakan menerima beberapa tawaran, termasuk daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya