SAUDARA PENGARANG, SAYA berasa sedih membaca laporan berita tentang 33 Klinik 1Malaysia akan ditutup dan baki 313 lagi dijenamakan semula menjadi Klinik Komuniti dengan beberapa pengubahsuaian sistem operasi. Tidak kisahlah jika mahu menghapuskan legasi seteru politik tetapi janganlah menghapuskan inisiatif yang sangat bermakna kepada rakyat khususnya warga miskin dan kurang berkemampuan. Bagi ahli politik yang rata-ratanya sudah menjadi jutawan, angka 33 klinik itu umpama ‘tahi gigi’ sahaja tetapi bagi rakyat seperti saya, satu klinik ditutup umpama satu bala besar. Saya tahu menteri akan memberi pelbagai hujah seperti kos operasi tetapi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya