KUALA LUMPUR 6 Sept.– Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar tidak kisah walaupun digelar sebagai anak setinggan dalam memastikan kemenangan berpihak kepada parti itu. Malah, beliau yang menangis dan terkedu ketika mengimbau kembali zaman dibesarkan di kawasan tersebut menyifatkan itu adalah peluang terbaik bagi membantu penduduk Seri Setia tanpa mengira latar belakang. Katanya, sebagai anak tempatan yang biasa dengan kesusahan, beliau dapat memahami nasib golongan miskin bandar yang perlu meneruskan kehidupan. “Memang saya anak tempatan dan dibesarkan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya