TOKYO 6 Sept. – Jumlah mangsa korban gempa bumi di Hokkaido meningkat kepada lapan orang dengan 38 masih hilang selepas gempa kuat yang melumpuhkan pulau Hokkaido. Gempa juga menyebabkan 5.3 juta penduduk Hokkaido terputus bekalan elektrik. Televisyen NHK melaporkan lima terbunuh dan 120 lagi cedera dalam kejadian itu. Laporan itu turut memaparkan kawasan tanah runtuh di bandar Atsuma menimbus rumah atau bangsal. “Goncangan sangat teruk,” seorang lelaki di Atsuma memberitahu NHK. “ Saya fikir rumah saya akan runtuh.” Di Sapporo ibu negeri Hokkaido jalan raya runtuh dan ditutupi oleh banjir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya