SINGAPURA 6 Sept. – Facebook melabur lebih AS$1 bilion bagi membina pusat data di Singapura, merupakan yang pertama di Asia, dijana dengan tenaga diperbaharui. Pusat berkenaan akan beroperasi pada 2022, menjadi pusat teknologi maklumat dan pelayan Facebook, kata Naib Presiden Facebook, Thomas Furlong. Tanah seluas 170,000 meter persegi itu akan dibina dengan bangunan 11 tingkat menggunakan teknologi terkini sesuai dengan cuaca panas tropika. Bangunan itu juga dibina daripada bahan binaan yang ringan serta menggunakan pengudaraan secara semulajadi sebagai kaedah penyejukan hawa. Syarikat berkenaan menjangka bangunan itu menggunakan kuasa 100 peratus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya