SETIU 30 Sept. – Dua murid Sekolah Kebangsaan Kampung Rahmat ditemukan lemas manakala dua lagi rakan mereka terselamat ketika berkelah dan mencari kepah di kawasan rekreasi berhampiran laluan santai Setiu (boardwalk Setiu) di Pengkalan Gelap di sini hari ini. Mayat calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) itu, Nor Hafizatul Nabihah Mohd. Jaffar, 12, dari Kampung Rahmat ditemukan pasukan penyelamat kira-kira pukul 2.27 petang tadi manakala Nur Qumairah Qistina Mohammad Nizam, 12, dari Felda Chalok Rahmat pada pukul 4 petang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mustafa Ismail berkata, mangsa yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya