IPOH 26 Sept. – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui Kilometer 42, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai ekoran dinding tembok penahan konkrit yang dipasang pada cerun bukit, didapati pecah sehingga mengakibatkan limpahan air. Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.45 petang di sempadan Pahang-Perak itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohd. Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati terdapat pecahan laluan air sehingga menyebabkan tembok di tepi tebing pecah. Menurutnya, kejadian itu menyebabkan air melimpah masuk ke kawasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya