ALOR SETAR – Lebih 300 pengunjung sanggup beratur panjang seawal pukul 6.30 pagi untuk mendapat peluang membeli ayam dengan harga murah 30 sen seekor yang dijual di pusat jualan Ayam Bismi Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) di Simpang Empat Kangkong di sini semalam. Bagaimanapun seramai 150 pengunjung terawal sahaja diberikan kupon untuk membeli ayam yang dijual murah itu sempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan syarikat tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif Ayam Bismi, Mazlina Kamarudin berkata, beliau menghargai sokongan pelanggannya yang sanggup beratur seawal pukul 6.30 pagi untuk mendapat kupon bagi membeli ayam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya