KUALA LUMPUR 6 Sept. – Kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada memansuhkan atau meneruskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, kerajaan tidak mahu membuat keputusan secara terburu-buru memandangkan ketika ini jawatankuasa khas yang dibentuk untuk mengkaji semula akta tersebut sedang mengadakan perbincangan. Menurut beliau, segala cadangan yang dikemukakan jawatankuasa tersebut akan diputuskan oleh Kabinet. “Jadi biarlah jawatankuasa khas ini diberi peluang untuk membincangkan perkara ini secara mendalam. Jangan bimbang, kita akan ambil pandangan pihak-pihak berkaitan termasuk mereka yang pernah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya