SEBERANG PERAI – Seorang kelindan lori tergamak memukul kepala bapanya dengan sebatang kayu hoki selepas berang diminta keluar dari rumah keluarganya di Permatang Pauh di sini Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, siasatan polis mendapati suspek lelaki berusia 19 tahun itu bertindak sedemikian selepas dipercayai tidak berpuas hati dengan permintaan bapanya yang juga seorang orang kurang upaya fizikal. Menurut beliau, pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek bebas daripada sebarang pengambilan alkohol dan dadah ketika kejadian berlaku pada pukul 11.15 malam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya