PETALING JAYA 6 Sept. – Seorang bekas anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyamar sebagai penjawat awam, dua bulan lalu. M.V. Sivalingam, 54, yang kini bekerja sebagai pengutip hutang, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa menyamar sebagai penjawat awam dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada warga Bangladesh, Syed Sumon di Restoran Kayu Manis, USJ 19, Subang Jaya, dekat sini kira-kira pukul 2 petang, 3 Julai lalu. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya