JERANTUT 30 Sept. – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak meninggal dunia hari ini. WAN AMIZAN WAN ABDUL RAZAK Difahamkan, beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut meninggal dunia ketika mendapat rawatan perubatan di Sri Lanka petang tadi. Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Seri Nazri Ngah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. ‘’Saya sahkan berita ini tetapi saya tidak dapat memberikan maklumat lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Wan Amizan yang berusia 42 tahun menjadi ADUN Tahan selama dua penggal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya