KUALA LUMPUR 31 Ogos – Seorang bapa tidak dapat memastikan sama ada mangsa kemalangan yang ditemukan rentung dalam sebuah kenderaan di Kilometer 16.7, Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) menghala ke Kuchai Lama awal pagi ini adalah anaknya. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang memandu kereta Honda City dari arah pusat bandar ditemukan rentung 100 peratus di lokasi kejadian. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, hasil siasatan awal, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan. “Berikutan itu, menyebabkan kereta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya