SOUTHLAND, New Zealand – Sebuah bandar kecil di New Zealand mahu mengharamkan kucing peliharaan di bawah ‘pelan perosak’ baharu untuk melindungi hidupan liar asli khususnya burung kecil. Pemilik kucing di kawasan komuniti Omaui, dekat sini disyarat perlu menjalani pemandulan terhadap haiwan itu, dipasang cip mikro, mendaftar dengan pihak berkuasa dan dipantau sehingga waktu kematian. “Kucing anda boleh menjalani kehidupan semula jadi di Omaui. Tetapi apabila mati, anda tidak boleh menggantikannya,” kata pengurus operasi biokeselamatan Omaui, Ali Meade kepada Newshub. Perubahan baharu yang drastik itu mungkin pengakhiran kepada semua kucing di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya