KUALA LUMPUR 6 Sept. – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, peruntukan yang diberikan kepada Program Podium sebelum ini tidak mencapai objektif utama kerana dana itu juga digunakan untuk membiayai perjawatan tambahan. Katanya, selepas meneliti laporan kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), beliau mendapati daripada RM70 juta peruntukan, kira-kira RM50 juta dibelanjakan untuk atlet manakala selebihnya digunakan untuk menggaji staf yang majoritinya bukan warga tempatan. “Saya bukan kata duit yang ada masuk poket atau dicuri, masalahnya banyak sangat perjawatan tambahan yang diwujudkan, pada saya seharusnya difokuskan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya