SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar, 78, meninggal dunia dipercayai akibat masalah jantung kira-kira pukul 8.05 malam tadi. Pegawai khas kepada Abu Hassan, Datuk Mohamad Isa Ishak yang mengesahkan perkara itu memberitahu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Columbia Asia dekat sini. Katanya, Allahyarham mengalami sesak nafas dan sakit dada di rumahnya petang semalam sebelum dibawa ke hospital berkenaan oleh ahli keluarganya. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan hari ini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya