KUALA LUMPUR 6 Sept. – Seramai 42 daripada 57 lelaki yang sebelum ini didakwa menganggotai kumpulan jenayah terancang ‘Geng 360 Devan’ dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Tinggi yang bersidang di Kompleks Penjara Kajang dekat sini hari ini. Kesemua 57 tertuduh terbabit sebelum ini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang tidak membolehkan mereka diikat jamin. Seramai 42 tertuduh dijatuhi hukuman tersebut setelah masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan mengikut Akta Pertubuhan 1966 yang dibacakan dalam bahasa Tamil kepada mereka di hadapan Hakim Datuk Abd. Halim Aman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya