LONDON 3 Ogos – Chelsea bakal mendapatkan khidmat pemain Crystal Palace, Wilfried Zaha selepas penyerang Ivory Coast itu dilaporkan menolak tawaran untuk terus kekal ke Selhurst Park. The Eagles cuba menawarkan Zaha kontrak baharu dengan nilai 125,000 pound seminggu (RM660,000) namun jumlah tersebut masih belum mencukupi. Kini, Chelsea bersedia untuk menawarkan kontrak kepada Zaha dalam usaha The Blues membawa pemain tersebut ke Stamford Bridge namun Palace enggan melepaskan ayam tambatannya itu melainkan mereka menerima tawaran lumayan. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya