MEKAH 31 Julai – Jemaah haji dinasihatkan supaya memastikan amalan haji dan umrah yang dilakukan diyakini betul sebelum meninggalkan Mekah agar tidak timbul perasaan ragu-ragu sehingga boleh menyebabkan kemurungan. Ini kerana, Tabung Haji menerima banyak kes berhubung jemaah yang keliru tentang amalan haji mereka walaupun selepas 10 atau 20 tahun mengerjakan rukun Islam kelima itu. Pengurus Besar Bimbingan, Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, cara untuk jemaah meyakini amalan mereka betul adalah dengan berjumpa Pembimbing Ibadat Haji untuk melakukan post mortem tentang amalan haji dan umrah mereka sebelum berangkat ke Madinah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya