TEMERLOH – Wanita warga emas maut, manakala seorang bayi kritikal dalam kejadian kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 134 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat sini kira-kira pukul 3 petang tadi. Kemalangan tersebut membabitkan kenderaan jenis Honda City dan Proton Persona melibatkan tujuh orang termasuk mangsa yang terbunuh. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, mangsa, Mek Nak Zakaria, 58, dari Felda Jengka 6, Maran meninggal dunia di lokasi kejadian. Ujar beliau lagi, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dipercayai anak pemandu kereta Honda City berada dalam keadaan kritikal. “Siasatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya