PASIR PUTEH 9 Ogos – Seorang suri rumah maut manakala anaknya berumur setahun cedera selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori di kilometer 14.2 Jalan Pasir Puteh-Semerak, Cherang Ruku, dekat sini, hari ini. Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, mangsa, Tang Sin Xiang, 41, turut diheret lori yang datang dari arah bertentangan itu sebelum merempuh sebuah kedai makan sehingga runtuh. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, mayat mangsa bersama motosikal ditemukan di bawah sisa rempuhan kedai makan tersebut. Beliau berkata, anak mangsa yang belum dapat disahkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya