SHAH ALAM 12 Ogos – Hanya kerana tidak mampu hilangkan ketagihan dalam lumba haram, seorang pemuda sanggup menggadaikan nyawanya menyertai aktiviti tidak bermoral itu. Bagaimanapun, nasib malang menimpa pemuda berasal dari Sabak Bernam yang dikenali sebagai Asraf, 22, apabila dia ditahan menerusi Ops Samseng Jalanan di Kilometer 12.3, Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang awal pagi ini. Menurut Asraf yang bekerja di Kepong, dia menyertai lumba haram itu adalah bagi menghilangkan ketagihan dan sekadar berseronok sahaja. “Saya terlibat dengan lumba haram sejak berusia 20 tahun bermula di kampung dan susah nak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya