KUALA LUMPUR 7 Ogos – Semua pihak berkepentingan dalam isu penarikan kereta perlu mencari penyelesaian supaya isu ini dapat diselesaikan dengan beretika dan menguntungkan semua pihak. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, situasi yang berlaku kini adalah sebaliknya di mana para pengguna keliru dengan apa yang berlaku. “Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik dan berhemah. Namun kewujudan penarik kereta yang tidak beretika membuatkan pengguna berasa terancam,” kata Nadzim dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini. Turut hadir hari ini, Presiden Persatuan Pengguna…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya