KUALA LUMPUR 31 Julai – Biarpun sudah berpuluh kali dilaporkan di dada akhbar, masalah kerosakan jalan di sekitar Jalan Chan Sow Lin di sini bagaikan tiada kesudahan. Saban tahun, orang ramai yang menggunakan laluan itu terpaksa berdepan dengan keadaan jalan berlekuk, berlubang, berpasir dan berdebu. Bahkan tidak keterlaluan untuk mengatakan tidak ada jalan seteruk Jalan Chan Sow Lin meskipun terletak dalam lingkungan jarak kurang 10 kilometer dari pusat banda raya Kuala Lumpur. Aduan demi aduan yang diaju kepada pihak berkuasa tempatan bagaikan mencurah air ke daun keladi kerana punca sebenar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya