KLANG 7 Ogos – Kapal mewah ‘The Equanimity’ milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low baharu sahaja tiba di Pelabuhan Klang dan akan berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center sekejap lagi. Kapal tersebut yang berlepas dari perairan Batam, Indonesia, pukul 4.45 petang semalam dilihat mula memasuki perairan Pelabuhan Klang pada pukul 12.30 tengah hari. Pada masa yang, terdapat seramai sehingga 30 petugas pasukan khas Jabatan Peguam Negara juga sudah bersedia di terminal untuk melakukan pemeriksaan ke atas kapal tersebut.- UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya