PUTRAJAYA 2 Ogos – Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Allahyarham Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin telah dibawa keluar dari Hospital Putrajaya untuk dihantar pulang ke rumahnya di Desa Pinggiran Putra. Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham bertolak keluar pada kira-kira pukul 9.30 malam. Sebelum itu, kelihatan hadir di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Putrajaya di sini adalah Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad, ahli keluarga dan kenalan-kenalan Allahyarham. Allahyarham yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Selangor meninggal dunia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya