MATARAM 6 Ogos – Lombok sekali lagi digegarkan dengan gempa bumi sekuat 7 Richter semalam, menyaksikan sekurang-kurangnya 98 orang terbunuh dan 236 lagi cedera, selain banyak kemusnahan besar dilaporkan berlaku di sekitar kawasan pulau ini. Menurut jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Kebangsaan (BNPB), Sutopo Purwo Nughoro, jumlah korban dijangka meningkat berdasarkan banyak kemusnahan infrastruktur dilaporkan termasuk ribuan bangunan runtuh terutamanya di kawasan utara Lombok. Bekalan elektrik dan komunikasi juga terputus di beberapa kawasan di pulau ini dan pasukan tentera Indonesia giat menghantar bantuan perubatan serta barangan keperluan asas menggunakan kapal kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya