MELAKA 13 Ogos – Tindakan keterlaluan dua guru wanita di sebuah pusat perkembangan kanak-kanak di Cheng di sini yang memukul dan mendera beberapa kanak-kanak yang rakamannya tular dalam laman sosial terbalas apabila kedua-dua mereka ditahan kelmarin. Dua video yang masing-masing berdurasi 36 saat dan dua minit 10 saat itu tersebar dengan memaparkan tindakan kedua-dua guru berkenaan memukul, menampar serta menggunakan kekerasan terhadap kanak-kanak yang dihantar ke pusat itu. Kejadian dipercayai berlaku pada 30 Julai lalu dan polis menahan kedua-dua guru wanita terbabit yang berusia 21 dan 40 tahun kelmarin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya