PUTRAJAYA 9 Ogos – Sebanyak 1.5 juta pengunjung dijangka hadir memeriahkan Floria Diraja Putrajaya 2018 yang berlangsung serentak dengan sambutan Hari Kebangsaan 2018 pada 31 Ogos ini. Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, penganjuran festival bunga itu pada setiap tahun berjaya menyaksikan kehadiran ratusan ribu pelancong tempatan dan antarabangsa. “Pada tahun ini, kita menjangkakan angka ini bertambah berkali ganda menerusi kedatangan orang ramai ke sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya. “Bagi pihak kementerian, kita berusaha agar kepimpinan negara dapat menggunakan kesempatan berada di Putrajaya di dalam meraikan Hari Kebangsaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya