LONDON 3 Ogos – Barcelona bersedia untuk mendapatkan pemain tengah Bayern Munich, Arturo Vidal dengan perjanjian 27 juta pound (RM143 juta) selepas mereka mendapat persetujuan awal bersama bintang Chile itu. Vidal, memiliki banyak pengalaman beraksi di pentas Liga Juara-Juara akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Barcelona selepas Bayern memberi kebenaran kepadanya, lapor akhbar Britain, The Guardian. Pemain berusia 31 tahun itu bakal menjadi pemain terbaharu berpindah ke Nou Camp pada musim panas ini selepas pemain sayap, Malcom kemudian Arthur dan pertahanan, Clement Lenglet sudah pun menyertai Barca. Vidal menjalani latihan bersama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya