PETALING JAYA 2 Ogos – Pelakon filem Hantu Kak Limah, Uqasha Senrose, 26, mengakui berasa bimbang dan khuatir dengan tanggapan umum terhadap dirinya yang kerap bertukar kekasih. Bagaimanapun, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, sama seperti orang lain, dia mencintai dan dicintai bagi mengisi kekosongan hidupnya. “Tak dinafikan, memang takut dengan kata-kata negatif masyarakat sekeliling. “Sukar untuk dijelaskan musabab saya sering gagal dalam percintaan dan harus melalui hal sebegini. “Setiap orang pasti mahu menjalin hubungan yang serius, malangnya nasib tidak menyebelahi saya dalam soal cinta,” akuinya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya