HULU SELANGOR – Seekor ular tedung sepanjang 3.7 meter dan seberat lima kilogram dipercayai telah membaham tiga ekor anak kucing berjaya ditangkap di sebuah rumah di Taman Serendah Makmur dekat sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 6.10 petang itu disedari pemilik kucing berkenaan, Wan Fairus Hisam, 40, apabila dia mendapati hanya dua ekor daripada lima kucing peliharaannya berada di dapur rumahnya. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Selangor, Leftenan Pertahanan Awam Mansor Ab. Rasid berkata, mangsa kemudian terkejut selepas menemui seekor ular tedung sedang menyorok di bawah mesin basuh rumahnya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya