LIMA tahun lalu, pemandu pelancong, Wayan Aksara menyedari bahawa semakin ramai pengunjung yang merungut terhadap lambakan sampah sarap yang mencemari pemandangan pantai di kepulauan Bali, Indonesia. Tahun lalu, masalah sampah di Bali semakin buruk, sekali gus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan ‘darurat sampah’ di kawasan tersebut. “Setiap kali membawa pelancong bersiar-siar, mereka akan mengeluh mengenai suasana pantai yang kotor. “Mereka mengatakan pemain sektor pelancongan di sini tidak cekap dan bertanya apa yang kami buat untuk mengatasinya,” ujarnya. Tidak mahu terus membutakan mata serta memekakkan telinga berdepan situasi tersebut, Wayan menyertai dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya