ARAU 29 Ogos – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Ampat mengambil langkah-langkah proaktif termasuk memberi penekanan terhadap aspek-aspek memberi ganjaran kepada para pelajar. Titah baginda, para pelajar perlu diberikan penghargaan itu apabila melakukan sesuatu kebaikan selain pihak sekolah perlu menolak amalan memberi hukuman atas kesalahan dilakukan seseorang pelajar itu. “Jika formula tersebut berjaya di sekolah itu, maka ia turut boleh dituruti sekolah-sekolah lain di negeri ini. “Pendekatan tersebut juga diharap dapat mengurangkan masalah yang sering disabitkan dengan golongan pelajar iaitu ponteng,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya