SHAH ALAM – Tiga pegawai Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) ditahan reman bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara berasingan di sini, George Town, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, Sabah bermula semalam. Kesemua pegawai yang ditahan adalah melibatkan seorang Pengurus Bahagian Komersial di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA); Pegawai Eksekutif Komersial di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan Pegawai Eksekutif Unit Komersial Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Kesemua pegawai itu berusia antara 50 hingga 59 tahun dan ditahan reman masing-masing antara empat hingga enam hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya