KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tidak bercadang untuk membatalkan cukai pelancongan yang dikenakan kepada pelancong asing sejak 1 September tahun lalu. Timbalan Menterinya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, berdasarkan penilaian yang dibuat, cukai tersebut yang turut dilaksanakan di negara seperti Amerika Syarikat, Belanda, Itali, Singapura dan Indonesia terbukti memberi impak positif dalam tempoh jangka panjang. “Cukai pelancongan yang diperkenalkan pada 1 September tahun lalu di bawah peruntukan Akta Cukai Pelancongan 2017 hanya dikenakan kepada pelancong asing sahaja, oleh sebab itu ia tidak membebankan rakyat negara ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Beliau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya