OXFORDSHIRE 2 Ogos – Seorang pemandu bas di sini terpaksa memakai jaket kalis tikaman kerana bimbang menjadi mangsa serangan seorang wanita yang merupakan peminat fanatiknya. Imre Marton mengenali peminatnya, Charlie Howells yang sering menaiki bas dipandunya dan menyedari wanita itu sanggup duduk dalam bas berkenaan selama beberapa jam. Selepas beberapa bulan berkeadaan sedemikian Howells telah meluahkan perasaannya kepada Marton namun ditolak secara baik dengan alasan telah mempunyai kekasih. Namun Marton tidak menyangka penolakannya menyebabkan wanita itu menangis seperti ‘seorang kanak-kanak yang tidak dapat gula-gula’, lapor portal Oddity Central. Bermula daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya