KATHMANDU 6 Ogos – Seorang wanita dan sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak maut dalam bencana tanah runtuh yang melanda semalam. Ekoran itu, pegawai tempatan hari ini mengeluarkan amaran risiko akan berlakunya lagi kejadian tanah runtuh dan banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan. Sementara itu, anggota penyelamat di bandar Bheri, kira-kira 310 kilometer barat Kathmandu, masih mencari seorang kanak-kanak lelaki yang masih hilang. “Tentera dan polis sedang mencari kanak-kanak berusia 12 tahun itu yang tertimbus dalam lumpur,” kata pegawai kanan kerajaan di Bheri, Krishna Prasad Khatiwada. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya